1. Pengenalan
Selamat datang ke Hanna Mirae. Dengan membuat pembelian melalui laman web rasmi, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.
2. Produk
Semua produk Hanna Mirae direka khas dan melalui proses kualiti ketat sebelum dihantar.
Warna mungkin sedikit berbeza daripada gambar disebabkan pencahayaan atau tetapan skrin.
Kuantiti dan rekaan “Limited Edition” adalah terhad dan tidak akan direstock setelah habis.
3. Harga & Promosi
Harga yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
Harga boleh berubah tanpa notis.
Promosi “Buy More Save More”, “Payday Sale”, atau “Seasonal Voucher” tertakluk pada tempoh masa tertentu dan tidak boleh digabungkan.
4. Pembayaran
Kami menerima pembayaran melalui FPX, Kad Kredit/Debit, dan eWallet (Touch ‘n Go, GrabPay, dll) melalui platform rasmi.
5. Penghantaran
Penghantaran mengambil masa 1–3 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 3–7 hari bekerja bagi Sabah & Sarawak.
Hanna Mirae tidak bertanggungjawab atas kelewatan penghantaran disebabkan oleh kurier.
Sebarang alamat yang tidak lengkap atau salah diisi oleh pelanggan bukan tanggungjawab pihak kami.
6. Hak Cipta & Kandungan
Segala imej, logo, reka bentuk, teks dan bahan di bawah jenama Hanna Mirae adalah hak milik penuh syarikat. Sebarang peniruan tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.