Kami di Hanna Mirae sentiasa menitikberatkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Namun, polisi kami adalah seperti berikut:
1. Polisi Pertukaran
Pertukaran hanya dibenarkan jika:
Produk rosak akibat kilang (contoh: jahitan terbuka, zip rosak, lace tercabut).
Produk yang diterima berlainan daripada pesanan asal.
Syarat Pertukaran:
Permohonan mesti dibuat dalam masa 3 hari bekerja selepas barang diterima.
Produk mesti belum digunakan, belum dibasuh, dan masih dalam bungkusan asal (beserta tag & free gift jika ada).
Gambar bukti kecacatan perlu dihantar kepada team kami melalui WhatsApp.
2. Polisi Pemulangan Wang (Refund)
Refund hanya akan diproses jika produk yang diminta pengganti kehabisan stok.
Bayaran balik akan dibuat dalam masa 5–7 hari bekerja selepas diluluskan.
Refund tidak dibenarkan atas sebab “tidak suka warna”, “tersalah saiz”, atau “tukar fikiran”.